Home Buletin Semasa KELANTAN MILIKI JONGKONG EMAS BERNILAI RM51 JUTA – TIMBALAN MB

KELANTAN MILIKI JONGKONG EMAS BERNILAI RM51 JUTA – TIMBALAN MB

267
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan memiliki jongkong emas bernilai antara RM50 juta hingga RM51 juta mengikut kiraan semasa.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan kesemua jongkong emas tersebut adalah dalam pemilikan kerajaan negeri.

“Jongkong emas yang ada dalam simpanan Kerajaan Negeri Kelantan nilainya hampir RM50 hingga RM51 juta dan kesemuanya berada dalam pemilikan kerajaan negeri,” katanya ketika sesi penggulungan perbahasan Belanjawan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, bagi mengulas pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Mohd Syahbuddin Hashim (Barisan Nasional – Galas) mengenai sebab simpanan jongkong emas tidak dimasukkan dalam Akaun Hasil Disatukan, beliau menjelaskan bahawa kerajaan negeri mengamalkan bajet tahunan berasaskan tunai yang hanya mencatatkan urus niaga berbentuk tunai.

”Manakala terimaan hasil yang berbentuk fizikal seperti jongkong emas dilaporkan dalam penyata kewangan kerajaan negeri setiap akhir tahun.

”Jongkong emas ini akan diiktiraf sebagai hasil apabila ianya dijual dan diakaunkan dalam Akaun Hasil Disatukan pada tahun kewangan tersebut selara Perkara 97 Perlembagaan Persekutuan,”katanya.

Tambahnya, perbendaharaan negeri juga bercadang untuk menjadikan jongkong emas tersebut sebagai sandaran bagi pinjaman kewangan antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan.

”Polisi pinjaman Kerajaan Persekutuan menetapkan sandaran kepada semua pinjaman yang bernilai sama ada tanah, emas atau sebagainya,”katanya

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here