Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan IMedikel TV
BACHOK: Kementerian Pengangkutan mengambil inisiatif dalam membantu golongan B40 untuk mendapatkan lesen P menerusi program MyLesen B2 sebagai tanda prihatin kerajaan terhadap rakyat seluruh Malaysia.
Menterinya, Datuk Hasbi Habibollah, berkata pihaknya telah membantu 9000 daripada golongan berkenaan dan akan memastikan kesemua penerima lesen itu mengikuti kursus hingga tamat agar mencapai matlamat pihaknya untuk membantu mereka.

“Akan diusahakan sampai dia lulus la, maksudnya dia ambil dua kali ke tiga kali inshaallah tapi akan dibantu sampai dia lulus kecuali badan tubuh sendiri yang cakap aku dah tak larat lagi dah.”katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis pelancaran program MyLesen B2 peringkat Negeri Kelantan 2023 di Dewan Tok Tangok, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bachok, di sini, hari ini.
Beliau berkata program ini ditanggung sepenuhnya oleh pihak Kementerian Pengangkutan.
Katanya, pemilik lesen motosikal yang diperoleh melalui Program MyLesen B2 adalah kompeten sepertimana pemilikan lesen biasa daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara.
“Dari segi undang-undang semua sama, mereka diberi latihan sama walaupun dah dapat lesen ‘ ‘L’ sebab kita nak dia jadi pemandu kompeten tak ada jalan pintas,”
Hasbi berkata, mereka yang menerima MyLesen B2 itu perlu memberi sepenuhnya komitmen malah bukan hanya belajar separuh jalan oleh kerana lesen itu adalah lesen percuma.
Menurutnya, setakat ini, program MyLesen B2 sudah dilancarkan sejak Mei tahun ini di Pulau Pinang, Kedah, Negeri Sembilan, Kuala Terengganu serta Kelantan dan akan dilancarkan di negeri lain pada tahun ini juga.
Mengulas lanjut, seramai 900 orang penduduk yang menerima lesen dan 300 yang memperoleh topi keledar percuma tajaan Malaysia Rail Link (MRL).
Seorang penerima MyLesen B2, Zulaikha Masran, 25, dari Kandis berkata, dengan lesen yang diperoleh itu, ia akan memudahkannya untuk bergerak ke tempat kerja.
“Bila dapat MyLesen ini macam saya nak pergi bawa anak ke hospital pun senang jadi senang la, tak ada masalah dah.”katanya.
Zulaikha yang juga bekerja sebagai pembantu kedai berkata setakat hari ini, dia sedang menjalani KPP02 iaitu ujian di dalam litar dan berkesempatan belajar pada hari jumaat sahaja oleh kerana komitmen dalam bekerja.
Siti Fazreena Mohd Rosli, 16, dari Pengkalan Datu, dia begitu teruja kerana impiannya untuk mendapat lesen motosikal kini tercapai.

“Suka sebab isi yang banyak-banyak tapi ini yang baru dapat.
Siti berkata keselamatannya dalam menaiki motosikal lebih terjamin kerana lebih senang untuk menguruskan aktiviti-aktiviti yang memerlukannya untuk bergerak ke bandar.
Imedikel TV






