Home Buletin Semasa POLIS MENEMUKAN MAYAT SEORANG LELAKI TENGGELAM DALAM SUNGAI

POLIS MENEMUKAN MAYAT SEORANG LELAKI TENGGELAM DALAM SUNGAI

38
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

GUA MUSANG: Polis menemukan mayat seorang lelaki di anak sungai sekitar kebun getah di Kampung Pulai, di sini kira-kira jam 2 petang, Khamis lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, mayat lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditemui dalam keadaan tenggelam dalam air dan tersangkut pada batu dan kayu.

Katanya kes itu diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan namun motif pembunuhan masih dalam siasatan.

“Mayat mangsa telah dibedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian di Unit Forensik Hospital Gua Musang.

”Orang ramai juga dialu-alukan untuk menyalurkan maklumat berkaitan kejadian ini kepada pihak polis dengan tampil di mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here