Home Sukan CARRICK LAYAK JADI PENGENDALI TETAP – FERNANDES

CARRICK LAYAK JADI PENGENDALI TETAP – FERNANDES

37
0

MANCHESTER: Memetik laporan AGENSI menerusi Berita Harian Kapten Manchester United, Bruno Fernandes mendedahkan beliau sudah lama melihat potensi Michael Carrick untuk membimbing pasukan itu sejak kali pertama diberi peranan sementara di Old Trafford.

Carrick pernah membimbing United sebagai pengurus sementara untuk tiga perlawanan pada November 2021 selepas pemecatan Ole Gunnar Solskjaer, sebelum meninggalkan kelab sebaik Ralf Rangnick dilantik sebagai pengurus sementara.

Menurut Fernandes, pendekatan Carrick ketika itu jelas menunjukkan beliau sudah bersedia menggalas tanggungjawab lebih besar sebagai pengendali utama.

“Cara dia membuat persiapan dan bercakap dengan pemain membuatkan kami rasa dia lebih daripada sekadar pembantu. Dia memang sudah bersedia untuk langkah seterusnya,” kata Fernandes.

Carrick kini kembali mengemudi pasukan dan dilaporkan berada di kedudukan terbaik untuk dilantik secara tetap selepas membawa United ke tangga ketiga liga serta semakin hampir mengesahkan tempat ke Liga Juara-Juara Eropah.

Pengendali berusia 44 tahun itu mencatat lapan kemenangan daripada 12 perlawanan sejak kembali membimbing pasukan, namun masih belum menerima pengesahan tentang masa depannya di kelab berkenaan.

Fernandes turut memuji impak positif dibawa Carrick, terutama dalam memulihkan keyakinan pasukan yang sebelum ini bergelut dengan prestasi tidak menentu.

“Dia membawa tenaga positif yang kami perlukan. Bukan sekadar kata-kata, tetapi tahu bila perlu tegas atau lembut untuk menyatukan pasukan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Fernandes mengakui masa depannya di Old Trafford masih belum pasti apabila kontraknya akan berakhir tahun depan, walaupun sebelum ini menolak tawaran lumayan daripada kelab Arab Saudi, Al-Hilal.

Pemain tengah Portugal itu berkata keputusan untuk kekal dibuat kerana beliau masih mahu menyumbang kepada United, selain mendapat sokongan penuh isterinya untuk terus mengejar impian dalam karier bola sepak. – AGENSI, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here