Home Buletin Semasa KELANTAN JADI TUAN RUMAH PAMERAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN WILAYAH TIMUR 2025

KELANTAN JADI TUAN RUMAH PAMERAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN WILAYAH TIMUR 2025

285
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kelantan bakal menjadi tumpuan pelancong serantau apabila menjadi tuan rumah bagi program Pameran Pelancongan dan Kebudayaan Wilayah Timur 2025 yang akan berlangsung dari 24 hingga 26 Julai ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor, berkata penganjuran program itu dilihat sebagai peluang besar untuk melonjakkan sektor pelancongan negeri sekaligus mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Program ini ialah satu daripada usaha yang dipelopori oleh Bayam dan juga oleh Tourism Malaysia East Cost bagi mempromosi tahun melawat Malaysia 2026.

“Ini memberi kita kelebihan kerana diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah jadi semua orang akan datang ke sini dan sudah pasti akan menambahkan lagi populariti Kelantan dan mendapat perhatian daripada pengunjung domestik terutama dari kawasan Pantai Timur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pameran Pelancongan dan Kebudayaan Wilayah Timur 2025, di Hotel Perdana, Kota Bharu, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bayamedic, Dr. Mohd Khairi Abd Latif, berkata program itu membabitkan 50 reruai dengan penyertaan daripada pelbagai sektor termasuk hotel, pusat rawatan, hospital swasta dan penggiat industri pelancongan.

Katanya, pameran ini akan mengetengahkan konsep pelancongan berteraskan budaya, alam semula jadi, kesihatan dan pelancongan perubatan.

“Pantai Timur semakin dikenali sebagai destinasi medikel tourism. Gabungan rawatan kesihatan dengan keindahan semula jadi menjadikannya destinasi ideal untuk pemulihan dan pelancongan.

“Pantai Timur ada kelebihan dan kita boleh gabungkan elemen kesedaran kesihatan, contohnya selepas pesakit menerima rawatan di hospital, mereka memerlukan masa untuk sembuh jadi kita ada banyak tempat menarik untuk pesakit dan ahli keluarga berehat dan temani pesakit menerima rawatan di hospital.

Pameran ini turut mengetengahkan pelbagai destinasi popular seperti Pulau Redang, Tioman, Perhentian dan kemudahan hospital di Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Kuantan.

Program Pameran Pelancongan dan Kebudayaan Wilayah Timur 2025 dijangka menarik lebih 3,000 pengunjung dan bakal membuka lembaran baharu dalam sektor pelancongan kesihatan Pantai Timur.

Program tersebut anjuran Bayam Travel Group dengan kerjasama Tourism Malaysia Wilayah Timur itu disokong Kerajaan Negeri Kelantan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here