Home Buletin Semasa MARITIM KELANTAN BANTU PESAKIT ASTHMA DARI PULAU PERHENTIAN

MARITIM KELANTAN BANTU PESAKIT ASTHMA DARI PULAU PERHENTIAN

183
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

PASIR PUTEH: Seorang kanak-kanak lelaki diserang asthma di Pulau Perhentian berjaya diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kelantan menerusi operasi pemindahan perubatan (MEDEVAC), semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada petugas kesihatan di Klinik Kesihatan Pulau Perhentian kira-kira jam 12.15 tengahari sebelum bot maritim digerakkan.

“Kita membawa pesakit berusia sembilan tahun itu ke Jeti Penumpang Kuala Besut dalam tempoh kurang satu jam sebelum dikejarkan ke Hospital Besut dengan menaiki ambulans.

“Tindakan segera itu dilakukan berikutan keadaan pesakit semakin lemah dan memerlukan rawatan kecemasan di hospital,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa Maritim Malaysia sentiasa bersedia memberi bantuan kecemasan khususnya bagi mereka yang tinggal di kawasan terpencil atau pulau yang sukar diakses.

“Orang ramai disaran sentiasa peka dengan keadaan kesihatan masing-masing dan tidak teragak-agak menghubungi pihak berkuasa jika berlaku kecemasan.

“Orang ramai diminta menghubungi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Kelantan di 09- 7780070 sekiranya mendapati sebarang kejadian kecemasan atau aktiviti mencurigakan di laut,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here