KELOWNA: Memetik laporan agensi menerusi berita harian, Kelowna, sebuah bandar dengan 150,000 penduduk, diselubungi asap tebal sejak dilanda kebakaran hutan musim panas di seluruh Kanada, yang menyebabkan berjuta-juta ekar hangus.
Perdana menteri, Justin Trudeau berkata beliau sudah bercakap dengan perdana menteri British Columbia, David Eby, mengenai keadaan terkini kebakaran hutan dan turut menjanjikan sumber persekutuan dalam usaha menangani bencana itu.
Kanada mengalami musim kebakaran hutan yang mencatat rekod, dengan anggaran rasmi lebih 14 juta hektar terbakar – kira-kira saiz Greece dan hampir dua kali ganda daripada rekod terakhir 7.3 juta hektar, menyebabkan empat orang maut setakat ini.
Saintis berkata pemanasan global yang disebabkan oleh manusia memburukkan lagi bencana semula jadi itu, menjadikannya lebih kerap lagi berbahaya.
Sementara itu di Sepanyol, lebih 26,000 penduduk diarah melarikan diri susulan kebakaran hutan di pulau percutian Sepanyol, Tenerife.
Perkhidmatan kecemasan sepanyol dalam satu kenyataan dia berkata anggaran semasa menunjukkan lebih 26,000 orang mungkin sudah dipindahkan.
Pihak berkuasa berkata kira-kira 4,500 orang dipindahkan sejak kebakaran bermula pada malam selasa.
Api merebak pada waktu malam diburukkan lagi dengan angin kencang dan suhu yang lebih tinggi daripada jangkaan, memaksa proses pemindahan dimulakan dari lima majlis perbandaran di bahagian utara pulau itu.
Dalam satu sidang akhbar, pihak berkuasa berkata mereka tidak mempunyai maklumat terkini mengenai jumlah orang yang dipindahkan.
pengarah teknikal kecemasan, montse roman berkata angka itu masih dikumpul.
Beliau turut memberi amaran kemungkinan pemindahan lanjut terpaksa dilakukan jika api merebak.
Anggota bomba Pedro Martinez, yang bertanggungjawab dalam usaha memadamkan kebakaran, memberitahu pemberita perimeter api semakin membesar dengan ketara dalam sekelip mata dan menuruni lereng gunung di kawasan utara Santa Ursula. – AGENSI, BH Online –
Imedikel TV






