KOTA BHARU: Demi memajukan perniagaan syarikat kesihatan dan kecantikan, Mamadil menjalin kerjasama erat bersama Imedikel Pharma Holding Berhad, IMPHB.
Penganjuran program seminar pengetahuan tentang produk itu bukan sahaja kepada pekerja mereka malah berkongsi bersama pihak IMPHB.
Program ini bertujuan adalah untuk memberi pengetahuan secara meluas tentang produk Mamadil termasuk bahan-bahan yang ada didalam produk berkenaan.
Pengasas Mamadil, Dila Mubarak berkata, Presiden IMPHB, Yusmat Mamat memberi cadangan kepadanya untuk membuat seminar ini.
“Bulan yang lepas encik yusmat datang dan memebri cadangan untuk buat kelas produk knowledge untuk kita punya staff stokis dan ejen untuk lebih mendalam tentang pengetahuan tentang produk untuk kita pesdembahkan kepada pengguna,” katanya.
Katanya dengan adanya seminar seperti ini ia dapat memberikan banyak manfaat kepada pekerjanya serta stokis dan ejen di luar sana.

“Alhamdullilah saya tengok tadi mereka nampak lebih confident sebab sekarangkan trend buat live so hari-hari diaorang buat live jadi ada input barulah untuk dipersembahkan kepada penonton”
“Inshaallah kita di mamadil dengan imedikel sentiasa mengambil keputusan untuk sebelum kita keluarkan satu produk kita lebih pentingkan kualiti.”
Dia berkata demikian kepada pemberita selepas seminar latihan pengetahuan produk, di Wisma IMPHB Telipot, khamis lalu.
Menurutnya Mamadil dan IMPHB sudah 10 tahun bekerjasama dalam menghasilkan produk yang berkualiti kepada pelanggannya.
Sementara itu, team Imedikel TV sempat menemu bual pekerja bahagian Pemasaran Mamadil yang mengambil bahagian dalam seminar berkenaan.
Masha, 29, berkata dia mendapat banyak manfaat setelah turut serta dalam seminar tersebut.
“Saya seorang marketer jadi saya kena buat iklan, sebelum ni saya buat iklan berdasarkan feedback oleh customer dan lepas ni saya boleh buat iklan kerana banyak sangat ilmu yang saya dapat berkenaan dengan produk.”
Masha berharap seminar seperti ini akan diadakan lagi secara berkala untuk memberi pencerahan dan penerangan yang lebih banyak kepada pekerja pemasaran sepertinya.
Senada dengan Masha, Ilya, 29, tahun turut teruja dan mendapat banyak manfaat dalam menyertai seminar berkenaan.
“Saya sebagai bahagian sales mamadil saya dapat tahu program ni kita punya produk knowledge lagi tinggilah dan lagi mendalam sebab sebelum ni tahu general sahaja bila kita datang sini kita punya produk knowledge tu lagi meluas.”
Ilya berkata program seperti ini sangat sesuai untuk pekerja sepertinya untuk mendalami ilmu tentang produk secara lebih meluas lagi.
Imedikel TV






