Home Luar Negara PARTI PRAYUT SERTAI GABUNGAN DIKETUAI PHEU THAI

PARTI PRAYUT SERTAI GABUNGAN DIKETUAI PHEU THAI

Bangkok, THAILAND: Memetik laporan agensi menerusi berita harian, UTN hanya mengenakan satu syarat saja, iaitu seksyen 112 kanun jenayah (berkaitan raja) tidak akan dipinda, kata jurucakapnya, Akaradet Wongpitakrote, pada khamis dan parti Pheu Thai bersetuju dengan syarat itu, tambah beliau.

Akradet berkata dari sekarang hingga selasa, apabila pengundian memilih perdana menteri dijadualkan, beberapa rundingan akan diadakan mengenai ‘Butir-butir penyertaan Perikatan’.

“Undi kami berjumlah 36 itu bersedia untuk memberi sokongan terhadap calon perdana menteri dari Pheu Thai. Kami mahukan supaya kerajaan segera dibentuk. Kami ingin mewujudkan pemulihan.” katanya, yang dipetik akhbar Bangkok post – AKARADET WONGPITAKROTE, Jurucakap

Sekiranya Pheu Thai mengesahkan penyertaan UTN dalam perikatannya, perkembangan itu boleh dilihat sebagai ‘berpaling tadah’ sepenuhnya.

Ini kerana sebelum ini pemimpin parti itu kerap mengatakan mereka tidak akan bekerjasama dengan ‘Uncles’ atau Pakcik, merujuk kepada Prayut.

Bekas jeneral tentera itu pernah memimpin satu gerakan menggulingkan pentadbiran Pheu Thai pada 2014, bersama rakannya, jeneral Prawit Wongsuwon, ketua parti palang Pracharath, yang mempunyai 40 kerusi dalam parlimen.

Terdapat desas-desus mengatakan bahawa Pheu Thai memerlukan sokongan parti palang Pracharath bagi memberinya majoriti yang selesa iaitu lebih 300 kerusi dalam parlimen yang mempunyai 500 kerusi itu.

Bagaimanapun, Pheu Thai mengatakan ia tidak akan membuat sebarang tawaran bagi jawatan kabinet, sebelum pengundian itu dijalankan, sekalipun ahli perikatan yang baru, parti Bhumjaithai yang mempunyai 71 kerusi, berulang kali meminta supaya mereka diberi jaminan mengenai apa yang boleh mereka peroleh.

Menurut berita yang berlegar, parti-parti yang menyertai perikatan itu masing-masing meminta sekurang-kurangnya diberi satu jawatan menteri bagi setiap sembilan kerusi yang mereka ada.

UTN ditubuhkan khusus untuk memberi laluan supaya Prayut kekal memegang jawatan. Beliau tidak menjadi anggota parti itu tetapi bertindak sebagai penasihat dan salah satu daripada dua calon perdana menteri yang dinamakan. seorang lagi adalah ketua parti UTN, Pirapan Salirathaavibhaga.

UTN hanya memperoleh 23 kerusi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) pada 14 mei lalu, tetapi populariti bekas perdana menteri itu membolehkan beliau mendapat undi ketiga terbesar, iaitu 4.7 juta undi – di belakang parti move forward (14.4 juta) dan Pheu Thai (10.9 juta). – BH Online, AGENSI –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here