Home Luar Negara KEBAKARAN BAR KARAOKE DI HANOI RAGUT 11 NYAWA, DISYAKI SENGAJA DIBAKAR

KEBAKARAN BAR KARAOKE DI HANOI RAGUT 11 NYAWA, DISYAKI SENGAJA DIBAKAR

136
0

HANOI: Kebakaran yang memusnahkan sebuah bar karaoke di ibu negara Vietnam meragut 11 nyawa dan mencederakan dua lagi dalam kes yang disyaki sengaja dilakukan, kata pihak polis pada Khamis.

Gambar yang disiarkan media kerajaan menunjukkan bangunan bertingkat di barat Hanoi yang hangus terbakar, dengan sisa logam yang bengkok berselerakan di sekitar lokasi.

Polis memaklumkan bahawa mereka menerima laporan kebakaran pada jam 11 malam (1600 GMT) dengan ‘ramai mangsa terperangkap di dalam’.

Pasukan penyelamat bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya menyelamatkan tujuh orang, dua daripadanya dikejarkan ke hospital manakala 11 mayat ditemui di dalam bangunan tersebut, menurut kenyataan pihak berkuasa.

“Polis mengesyaki kafe itu sengaja dibakar dan … telah menahan pelakunya,” kata polis Hanoi dalam satu kenyataan.

Saksi memberitahu media kerajaan bahawa kebakaran itu terlalu besar sehingga tiada siapa yang berani cuba menyelamatkan mangsa yang terperangkap.

Nguyen Minh Hung, yang berada di lokasi kejadian, memberitahu akhbar Dan Tri: “Kami menjerit memanggil mangsa yang terperangkap, tetapi tiada jeritan minta tolong dari dalam bangunan”. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here