Home Segmen Kesihatan KEBAIKAN KUNYIT UNTUK MUKA DAN KULIT

KEBAIKAN KUNYIT UNTUK MUKA DAN KULIT

221
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Selain menjadi bahan asas untuk masakan, kunyit juga boleh digunakan untuk kebaikan kulit.

Ikuti artikel ini untuk mengetahui beberapa manfaat kunyit kepada kulit kita.

Sebelum itu, mari kita mengetahui apa itu kunyit?

Menurut portal hellodoktor kunyit adalah antara herba yang paling dikaji dalam sains, kunyit atau nama saintifiknya Curcuma longa, menawarkan manfaat kesihatan, terutamanya kurkumin – komponen bioaktif, yang bersifat anti-radang dan antioksidan.

Berikut adalah beberapa cara kunyit boleh memberikan manfaat kepada kulit anda:

  1. Perbaiki kulit
  • Komponen antioksidan dan anti-radang yang terkandung dalam kunyit dikatakan dapat memberikan kilauan dan cahaya pada kulit serta memulihkan kulit. Ia juga membantu mengurangkan kemerahan akibat jerawat dan memberikan kelegaan pada kulit bermasalah seperti ekzema dan rosacea.
    • Anda boleh mencuba membuat masker di rumah untuk melihat keberkesanan kunyit pada kulit anda. Campur sedikit yogurt Greek, madu dan kunyit, gaul rata dan sapukan pada kulit muka anda. Biarkan selama 15 minit sebelum anda membilasnya dengan air.
    1. Melawan jerawat
    • Kunyit sangat berkesan untuk melawan jerawat kerana ia mengandungi antiseptik semula jadi dan membantu mencegah penyebaran bakteria. Ia amat berkesan apabila dicampurkan dengan cuka epal yang mempunyai ciri-ciri astrigen – yang memainkan peranan sama seperti toner biasa.
    1. Melawan penuaan
    • Kunyit mengandungi pigmen curcuminoid yang merangsang gen yang meningkatkan sintesis antioksidan tubuh. Ia akan melindungi sel otak dan kulit dari kerosakan yang disebabkan radikal bebas, dan melambatkan pembetukan kedutan dan garis halus.
    1. Menyembuhkan luka
    • Kurkumin – komponen yang membuatkan kunyit berwarna oren-kekuningan – yang terdapat dalam kunyit dikatakan boleh membantu menyembuhkan luka dengan mengurangkan keradangan dan pengoksidaan. Ia juga mengurangkan tindak balas anda terhadap luka kulit.
    1. Merawat psoriasis
    • Psoriasis ada satu masalah kulit – muncul tompok putih yang tebal, menyebabkan gatal-gatal yang serius. Dan kunyit dikatakan dapat mengawal simptom ini dengan menghalang enzim keradangan dan menurunkan tahap sitokin – yang merangsang keradangan sel.
    1. Merawat parut dan regangan
    • Kurkumin yang dapat menyerap masuk ke membran sel dan memperbaiki sifat fizikal membran sel – kesannya ia merawat tanda regangan. Anda boleh gabungkan kunyit dengan krim atau yogurt dan sapukan ke bahagian perut dan pinggang sebelum anda mandi. Biarkan selama 20 minit dan bilas dengan bersih semasa mandi. Cara yang sama juga boleh digunakan untuk merawat parut.

    Bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk tidak terlalu kerap menggunakan kunyit untuk merawat kulit anda kerana boleh menyebabkan allergi. Pastikan anda menggunakan kuantiti kunyit yang berpatutan dan tidak berlebihan.

    IMedikel TV

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here