Home Hiburan KARYA SUNTIK SEMANGAT

KARYA SUNTIK SEMANGAT

Sebut sahaja nama penyanyi Tyka Zatyka, 30, mungkin ramai yang belum betul-betul mengenali wanita kelahiran Johor ini.

Memetik laporan Harian Metro, pun begitu, rasa cinta dan minat membara Tyka Zatyka atau nama sebenarnya Noor Amierazatyka Ayob terhadap karier seni tidak pernah pudar.

Baru-baru ini, anak kelima dalam keluarga itu muncul melancarkan lagu baharu, Imaginasi hasil ciptaan komposer, Chevy Amry, manakala lirik ditulis oleh Chevy Amry dan Ucu.

Berbicara mengenai single Imaginasi itu, Tyka Zatyka bersyukur dan gembira masih berpeluang muncul dengan karya terbaik buat peminat muziknya.

“Lagu Imaginasi ini sudah lama siap dirakam dan pernah menjadi runut bunyi (OST) drama Jangan Lupa Janji yang ditayangkan di Astro pada 2023 lalu.

“Malah, ia bagi saya adalah lagu yang istimewa kerana melodi dan liriknya yang ‘catchy’ dan yakin boleh diterima baik pendengar,” katanya.

Menyifatkan Imaginasi itu lagu berkonsep motivasi dan menyuntik semangat positif, Tyka Zatyka, berkata semoga ia mendapat sambutan.

Pernah menyertai banyak pertandingan nyanyian sehingga ke negara jiran Indonesia, Tyka Zatyka juga sedar persaingan dalam industri hiburan tempatan kini agak sengit.

Namun ujarnya, dia tidak gentar untuk teruskan perjuangan dalam memahat usaha menempatkan bakat nyanyiannya agar dikenali juga suatu hari nanti.

“Saya aktif menyanyi sampai sekarang kerana minat. Walaupun sedar mungkin nama saya masih belum dikenali ramai, itu tidak mengapa.

“Urusan rezeki ini Allah yang tentukan. Apapun, saya seronok dapat menghiburkan orang ramai selama menjadi penyanyi,” katanya berterima kasih kepada sokongan keluarga.

Antara pertandingan nyanyian pernah disertai oleh Tyka Zatyka sebelum ini adalah Bintang Klasik RTM, 3 Juara dan D’Academy Asia musim keempat.

Tyka Zatyka juga sebelum ini difahamkan pernah ‘viral’ dengan lagu Cinta Happy dan Goyang Bersama, termasuk menghasilkan lagu kerohanian, Percaya. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here