KUALA LUMPUR: Pelakon Puteri Balqis memohon maaf kepada Michael Ang apabila nama pengarah terbabit ‘diheret’ dalam kontroversinya yang kini menjadi sorotan ramai.
Memetik laporan Harian Metro, Puteri Balqis atau nama sebenarnya Puteri Balqis Azizi, 19, berkata dia dan pihak keluarganya tiada masalah langsung dengan Michael selama ini.
“Jika ada apa-apa lagi yang berkaitan antara kami dan Michael tanpa kami tahu, ataupun tanpa kami berada di situ dan Micheal terkena tempias, saya, Puteri Balqis dan ibu saya Ashikin, kami memohon maaf di atas semua kesalahan kami kepada pengarah Michael.
“Dari kami, kami tidak ada apa-apa masalah dengan Michael,” jelasnya menerusi sebuah hantaran di Instagram Story (IGS).
Puteri Balqish yang mesra disapa Aqish juga berkongsi pengalamannya bekerja dan terhutang budi dengan Michael yang disifatkan sebagai insan yang sangat pemurah.
“Ini yg terjadi belakang kamera. Waktu saya muntah darah terlalu kerap, ibu saya yang ‘Whatsapp’ Michael Ang untuk minta tolong. Dan hanya beberapa minit, Micheal ‘bank in’ pada akaun ibu saya berjumlah RM3,000.
“Beberapa bulan selepas itu, Micheal panggil saya berlakon. Dan sebagai membalas budi Micheal, apabila ditanya berapa ‘rate’ saya, ibu saya balas, kami okay saja berapa yang dibayar.
“Jadi saya dibayar mengikut ‘rate’ yang Micheal tentukan. Dan ‘rate’ yang diberi adalah bersesuaian dengan karakter saya, kerana karakter saya sebagai pelakon pembantu dalam drama itu,” katanya.
Tidak menyebut drama mana dan bila, Puteri Balqis turut menjelaskan, itu adalah kali terakhir mereka dipanggil dan berjumpa Michael.
Terdahulu, Michael tampil menjelaskan situasi sebenar selepas namanya dipetik pelakon Janna Nick berkaitan pertelingkahan dengan pelakon, Puteri Balqis.
Michael mengakui dia sendiri terlupa mengenai kejadian itu dan terpaksa menghubungi Janna yang kini berada di London untuk mendapatkan kepastian.
Menurut Michael, insiden itu sebenarnya berlaku puluhan tahun lalu ketika kali pertama dia bekerjasama dengan Janna untuk sebuah drama. – HMetro Online –
IMedikel TV






