Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir menurun sebanyak 56,995 di lapan daerah di negeri ini, setakat jam 9.00 pagi.
Menurut portal infobencanajkmv2 kira-kira 18,076 keluarga daripada jumlah mangsa banjir ditempatkan di 158 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Daerah Pasir Mas mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu seramai 28,949 dan ditempatkan di 60 PPS.
Manakala seramai 21,082 mangsa banjir di Tumpat; Bachok 2,687; Kuala Krai 1,409; Kota Bharu 1,031; diikuti daerah Machang 822 dan Pasir Puteh seramai 745 mangsa banjir.
Daerah Tanah Merah mencatatkan jumlah mangsa banjir paling rendah iaitu 270 orang.
Sementara itu, menurut portal publicinfobanjir Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat mencatatkan paras air 3.92 meter melebihi tahap bahaya dengan trend air menurun.
IMedikel TV






