Home Sukan JDT AKHIRI PRAMUSIM DENGAN NOTA KEMENANGAN

JDT AKHIRI PRAMUSIM DENGAN NOTA KEMENANGAN

KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta’zim (JDT) menutup jelajah pramusim mereka di Sepanyol dengan kemenangan apabila menundukkan kelab Arab Saudi, Al-Riyadh SC 1-0 awal pagi tadi.

Memetik laporan menerusi Berita Harian lebih manis, kemenangan skuad Xisco Munoz diraih hasil jaringan tunggal Joao Figueiredo pada minit ke-10 yang menjadi gol sulung pemain warisan Harimau Malaya itu bersama JDT.

Skuad Harimau Selatan sebelum ini mengalami dua kekalahan berturut-turut apabila tewas 0-1 kepada kelab Qatar, Al-Rayyan SC dan Valencia Mestalla.

Sebelum itu, JDT membuka aksi mereka di Sepanyol dengan meraih kemenangan besar 4-0 ke atas Real Murcia Imperial sebelum meneruskan rentak kemenangan dengan menewaskan Costa City 1-0.

Juara Liga Super 11 kali berturut-turut itu kemudian seri dalam dua aksi selepas itu berdepan Cardiff City (2-2) dan Levante UD (0-0).

Aksi berdepan Riyadh SC menjadi perlawanan terakhir JDT di Sepanyol dengan mereka selepas ini akan memberi fokus kepada perlawanan Piala Sumbangsih berdepan Selangor FC di Stadium Sultan Ibrahim, 8 Ogos ini.

Pertembungan antara juara dan naib juara Liga Super musim lalu itu juga menjadi aksi pembuka tirai saingan Liga Malaysia 2025-26. – Berita Harian –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here