Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV
KUANTAN: Lebih 25,000 peminat bola sepak tempatan dijangka membanjiri Stadium Darulmakmur, untuk menyaksikan perlawananpersahabatan antara pilihan lagenda Ex Pahang FA berhadapan pilihan Ex Kelantan FA pada 7 November, depan.
Pertembungan dua pasukan pantai timur musim kedua itu bagi merebut piala pusingan yang turut menawarkan hadiah RM20,000 kepada pemenang perlawanan yang dijangka menarik dan menghiburkan itu.
Antara pemain Ex Pahang FA yang bakal beraksi ialah Azamuddin Akil, Razman Roslan, Fauzi Rozlan, Muhammad Gopi Rizqi Rama Chandra, Juzaili Samion, Shahrizan Salleh, Jalalluddin Jaafar serta pemain legenda skuad Tok Gajah, Azizul Kamaluddin.

Sementara itu, pasukan Ex Kelantan FA Membariskan Badhri Radzi atau lebih mesra dengan panggilan Piya, Mohd Nor Farhan Muhammad, Mohd Daudsu Jamaluddin dan beberapa pemain lain.
Ketua pasukan Ex Pahang FA, Mohd Azamuddin Md Akil atau lebih dikenali sebagai Alex menjelaskan perlawanan persahabatan itu bukan sahaja menghimpunkan bekas pemain, malah mengimbau kenangan zaman kegemilangan kedua-dua pasukan.
“Bagi Pahang sendiri, barisan pemain yang bakal beraksi terdiri daripada mereka yang pernah beraksi bersama Tok Gajah pada musim 2013 dan 2014 termasuk penyertaan pemain legenda Pahang, Azizul.
“Begitu juga Kelantan yang menyenaraikan barisan pemain yang pernah mengharumkan nama pasukan itu,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Azamuddin ditemui pada Majlis Penyampaian Tajaan RM100,000 daripada PUC Sport Sdn Bhd yang diserahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Mohd Shukry Pauzi.
Perlawanan itu juga timbal balik aksi di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu yang menyaksikan Ex Kelantan menewaskan EX Pahang 2-1 pada 3 Mei 2025.
Sempena perlawanan persahabatan itu turut diadakan jualan jersi yang akan digunakan Ex Pahang FA pada perlawanan itu. Di jual dengan harga RM50, mereka yang memakai jersi berkenaan dibenarkan masuk ke stadium tanpa bayaran.
Tiket menyaksikan perlawanan itu RM10 terbuka dan RM20 berbumbung. Turut diadakan klinik bolasepak kendalian bekas pemain Pahang.
IMedikel TV






