Home Hiburan UMISYA MENGAKU MASIH BIASAKAN DIRI HIDUP DALAM PERHATIAN RAMAI

UMISYA MENGAKU MASIH BIASAKAN DIRI HIDUP DALAM PERHATIAN RAMAI

KUALA LUMPUR: Isteri pertama pempengaruh, Ahmad Aslam, iaitu Umisya Mazlan mengakui masih menyesuaikan diri hidup dalam perhatian orang ramai.

Memetik laporan menerusi Berita Harian Umisya yang juga madu kepada anak selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi, iaitu Marissa Dania bagaimanapun berkata, dia lebih selesa dengan kehidupan sebelum ini, iaitu sebelum dirinya dikenali ramai.

Namun, Umisya akur dengan ketentuan dan bersyukur dengan hikmah serta rezeki yang diterima msekarang.

“Sejujurnya, kalau hendak cakap mengenai situasi sekarang, saya lebih selesa dengan kehidupan sebelum ini. Tetapi, mungkin ada hikmah dan perkara baik yang saya dapat daripada kehidupan sekarang.

“Pada mulanya, saya tidak berapa selesa. Tetapi, saya tahu, setiap orang ada pendapat masing-masing. Semua orang ada ruang untuk bercakap dan komen. Saya sudah terbiasa dengan keadaan ini.

“Saya okay sahaja. Dalam kedudukan sekarang, nama saya terpalit, jadi, tiada masalah untuk saya,” katanya ditemui pada pelancaran kempen New Chapter anjuran Wawa Cosmetics di sini, baru-baru ini.

Pada majlis itu, Umisya bersama suaminya, Aslam diumum wajah kempen kepada produk pelindung matahari Wawa Cosmetics.

Melihat rezeki yang diterimanya, Umisya bersyukur dan gembira apabila diberi kepercayaan usahawan dan pelakon, Wawa Zainal untuk mewakili produk jualannya.

“Dari awal Wawa banyak tolong saya. Sebelum ini, Wawa ambil saya untuk jadi model produk tudung. Ini adalah kerjasama kita dengan Wawa.

“Saya dan suami saya, Aslam gembira dapat sama-sama jayakan kempen terbaharu ini. Orang ramai boleh lihat bagaimana perjalanan hidup saya hingga boleh dikenali. Alhamdulillah, saya bersyukur atas rezeki yang saya dapat sekarang.

“Mungkin inilah hikmah yang saya dapat dari satu demi satu ujian. Alhamdulillah, ini memang rezeki anak-anak dan kami sekeluarga,” katanya.

Umisya dan Aslam mendirikan rumah tangga pada Julai 2020. Pasangan itu pernah bercerai pada September 2023, sebelum rujuk ketika dalam tempoh edah.

Aslam dan Umisya dikurniakan tiga cahaya mata, Hud, 4, Nuh, 3, dan bayi perempuan yang lahir pada 17 Februari lalu.

Aslam bernikah dengan Marissa di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here