Home Sukan CITY BERDEPAN RISIKO TURUN KE LIGA KEJUARAAN

CITY BERDEPAN RISIKO TURUN KE LIGA KEJUARAAN

Manchester: Manchester City dijangka berdepan potongan mata besar yang boleh menyaksikan mereka tersingkir ke saingan Liga Kejuaraan selama dua musim, menurut laporan media Britain.

Memetik laporan Agensi menerusi Harian Metro, Bekas juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu masih menunggu keputusan kes berkaitan lebih 100 pertuduhan melanggar peraturan kewangan liga berkenaan.

City bagaimanapun sentiasa menafikan sebarang salah laku dan mengemukakan rayuan terhadap dapatan suruhanjaya bebas yang mengendalikan kes itu.

Menurut laporan Daily Mail, City dijangka dikenakan hukuman potongan mata besar sehingga hampir mustahil untuk mereka mengelak penyingkiran daripada EPL.

Pengurusan EPL juga didakwa mahu mengumumkan hukuman itu sebelum keputusan rayuan City diketahui.

Laporan sama menyebut kelab itu berkemungkinan menerima satu lagi potongan mata yang boleh memaksa mereka kekal di divisyen kedua untuk satu musim tambahan.

Bagaimanapun, tindakan menyingkirkan City sepenuhnya daripada liga utama dianggap tidak mungkin kerana boleh mencetuskan kekacauan luar biasa dalam Liga Bola Sepak Inggeris (EFL).

Selepas hukuman utama dimuktamadkan, City dijangka diberi ruang untuk membina semula pasukan dalam perkembangan yang boleh mengubah landskap bola sepak England.-AGENSI, HMtro Online-.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here