Home Buletin Semasa RAMPASAN DADAH DI KELANTAN TURUN LEBIH 80 PERATUS, KAWALAN SEMPADAN DIPERTINGKAT

RAMPASAN DADAH DI KELANTAN TURUN LEBIH 80 PERATUS, KAWALAN SEMPADAN DIPERTINGKAT

Oleh: Wartawan IMedikel TV

KOTA BHARU: Nilai rampasan bekalan dadah di Kelantan menurun daripada RM30.8 juta kepada RM17.25 juta tahun ini, susulan peningkatan operasi penguatkuasaan dan kawalan sempadan yang dipertingkatkan.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, penurunan itu perlu dilihat berdasarkan keberkesanan operasi yang dijalankan, termasuk usaha menutup laluan haram di sempadan serta memperkukuh kawalan di kawasan perairan.

Menurutnya, perbandingan statistik berkaitan dadah perlu mengambil kira jumlah operasi yang dilaksanakan, selain melihat peningkatan atau penurunan jumlah tangkapan.

“Jumlah operasi meningkat sebanyak 2.95 peratus berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menunjukkan peningkatan usaha penguatkuasaan dalam membanteras kegiatan penyeludupan dadah.

“Dengan peningkatan operasi, nilai bekalan atau rampasan dadah menunjukkan penurunan. Ini juga hasil daripada kawalan sempadan yang dipertingkatkan,” katanya.

Beliau turut menjelaskan, antara langkah yang diambil termasuk menutup laluan haram serta memperkukuh kawalan di kawasan perairan menerusi kerjasama agensi penguatkuasaan berkaitan.

Katanya, statistik berkenaan perlu difahami berdasarkan konteks sebenar supaya penilaian terhadap keberkesanan usaha membanteras dadah tidak dibuat berdasarkan angka tangkapan semata-mata.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here