Home Buletin Semasa JASAD ADIK ANGGOTA BOMBA DITEMUI DI LOKASI SAMA ARWAH ABANGNYA

JASAD ADIK ANGGOTA BOMBA DITEMUI DI LOKASI SAMA ARWAH ABANGNYA

215
0

Oleh: Nur Athirah Aman@IMedikel TV

BACHOK: Jasad adik anggota bomba yang lemas akhirnya ditemui di pesisir pantai D’Aur, lokasi sama abangnya ditemui.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan I, Mohd Zamizi Mohamad berkata, mayat Ahmad Nurruddin Abdul Wahab, 21, ditemui orang awam sebelum melaporkan penemuan kepada pihak polis kira-kira jam 7.10 pagi tadi.

“Mayat mangsa ditemui kira-kira 3.7 kilometer dari Pantai Kandis, lokasi dipercayai hilang,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata jarak penemuan mangsa kira-kira 200 meter daripada abangnya, Ahmad Badrul Abdul Wahab, 32, yang juga mangsa pertama lemas yang ditemui pada jam 12.38 tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang Selasa lalu, kegembiraan 20 ahli keluarga dari Pasir Puteh berkelah di Pantai Kandis, bertukar tragedi apabila dua ahli keluarga mereka lemas.

Ahmad Nurruddin dikatakan terlebih dahulu lemas bersama anak saudaranya, Mohd Ali Al Imran, 12, sebelum Ahmad Badrul bersama abang iparnya, Mohd Ezad Abu Hassan, 40, yang juga bapa kanak-kanak berkenaan cuba membantu.

Mohd Ezad berjaya membawa anaknya ke daratan, namun Ahmad Badrul dan Ahmad Nurruddin didapati hilang.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here