Home Hiburan LIZA HANIM BUAT LAPORAN POLIS ISU ‘BODY SHAMING’ ANAK

LIZA HANIM BUAT LAPORAN POLIS ISU ‘BODY SHAMING’ ANAK

232
0

KUALA LUMPUR: Memetik laporan menerusi Berita Harian penyanyi, Liza Hanim, tampil membuat laporan polis terhadap beberapa individu susulan isu ‘body shaming’ membabitkan anak sulungnya, Marsya Qistina.

Menerusi hantaran Instagram Story (IGs), semalam, pelantun lagu Siapa Sangka Siapa Menduga itu dilihat berada di perkarangan Balai Polis Klang bersama Marsya.

“Hidup ini ada undang-undang. Dah bersedia ke?” tulisnya ringkas pada hantaran berkenaan.

Difahamkan, beberapa peminat Marsya turut membuat laporan polis sebagai tanda sokongan terhadap penyanyi itu.

Terdahulu, Liza meluahkan kekesalan terhadap segelintir netizen yang didakwa cuba mengeruhkan hubungan anaknya dengan peserta program Talk To My Manager (TTMM) lain dengan membandingkan rezeki masing-masing.

Ibu kepada lima cahaya mata itu turut terkilan apabila Marsya menjadi sasaran kutukan, selain didakwa kurang menyerlah walaupun pernah memenangi pertandingan program realiti.

Luahan itu dibuat susulan kenyataan Marsya di media sosial yang membalas kecaman netizen dengan menjelaskan fokusnya kini lebih terarah kepada pelajaran.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut mengundang pelbagai reaksi dan terus mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial.

Tindakan Liza membuat laporan polis dilihat sebagai langkah tegas bagi menghentikan budaya kecaman siber serta mempertahankan maruah anaknya. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here