Home Segmen Kesihatan JAGA KEBERSIHAN SIKAT RAMBUT

JAGA KEBERSIHAN SIKAT RAMBUT

389
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Ramai yang menggunakan sikat rambut tetapi masih ramai yang tidak menjaga kebersihan sikat rambut.

Sebenarnya kebersihan sikat rambut juga penting bagi memastikan kotoran atau sisa minyak atau rambut kerana ia boleh menyebabkan masalah seperti kelemumur, kegatalan kulit rambut serta rambut bercabang.

Sebenarnya,membersihkan sikat rambut secara rutin membantu menjaga kesihatan rambut dan kulit kepala, serta memastikan sikat berfungsi dengan baik. 

Cara membersihkan sikat rambut:

  • Buang rambut yang melekat – Gunakan jari, gunting kecil, atau alat lain untuk mengeluarkan rambut yang terperangkap di antara gigi sikat. 
  •  Rendam dalam air sabun – Campurkan air suam dengan sedikit syampu atau sabun pencuci. Rendam sikat dalam larutan ini selama beberapa minit. 
  • Gosok dan bilas – Gunakan berus gigi lama atau berus khas untuk membersihkan celah-celah gigi sikat. Bilas sikat dengan air bersih hingga tiada sisa sabun. 
  • Keringkan – Keringkan sikat dengan tuala bersih atau biarkan kering sendiri di tempat yang kering dan berventilasi. 

Bagaimanapun anda juga boleh melakukan beberapa tips lain seperti:

  • Pembersihan berkala: Lakukan pembersihan sikat rambut sekurang-kurangnya sekali seminggu atau lebih kerap jika anda menggunakan banyak produk rambut atau mempunyai kulit kepala berminyak. 
  • Gunakan bahan lain: Anda juga boleh menggunakan cuka untuk membantu menghilangkan kotoran dan bau yang degil, menurut Lemon8. 
  • Ganti sikat: Jika sikat sudah rosak atau terlalu kotor, gantilah dengan yang baru. 

Dengan menjaga kebersihan sikat rambut, anda boleh memastikan rambut dan kulit kepala anda sentiasa bersih dan sihat. 

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here