Oleh: Athirah Azman, wartawan IMedikel TV.
KOTA BHARU: Banjir bukan pesta air malah perlu diambil serius kerana berisiko menyebarkan penyakit berjangkit.
Ini berlaku kerana air banjir mengakibatkan sampah sarap, lumpur, takungan najis dan kuman di dalam tanah keluar bersama limpahan air.
Menurut Nurul Shuhada, banjir tidak hanya membawa kemusnahan malah membahayakan nyawa penduduk dengan pelbagai jenis penyakit.
Ini berisiko melibatkan kecederaan dan penyakit seperti cirit-birit serta membabitkan masalah dalam perut seperti Kepialu.
“Pada musim banjir ini terdapat banyak penyakit berjangkit yang boleh berlaku dan merebak dalam musim banjir contoh antaranya penyakit demam Kepialu, Typhoid ataupun Cholera, HFMD, penyakit Malaria, demam denggi dan banyak lagi penyakit lain yang boleh berlaku semasa musim banjir.
“Pastikan kita minum air bersih yang sudah dimasak jangan ambil makanan yang telah terdedah kerana berisiko makanan yang sudah terdedah ini sudah dijangkiti atau dicemari oleh kuman-kuman yang sudah merebak dalam musim banjir ini”, kata Nurul Shuhada Hamidon.
Katanya, air banjir dicemari cairan buangan termasuk sumber bekalan air bersih penduduk serta makanan sehingga boleh menyebabkan keracunan.
Selain itu, jelasnya masalah penyakit berjangkit ini berbahaya terutamanya kepada golongan kurang imuniti badan termasuk kanak-kanak dan warga emas.
Katanya, masalah Bryo Cholera menyebabkan keracunan makanan manakala bakteria Samonela menjadi punca berlakunya demam Kepialu.
“Kebanyakan penyakit berjangkit yang berlaku semasa musim banjir ini disebabkan oleh pembawakan daripada air, makanan yang tercemar. Macam saya sebutkan penyakit Cholera, penyakit demam Kepialu semua itu disebabkan oleh penggunaan air ataupun makanan yang sudah tercemar oleh kuman-kuman ini jadi menyebabkan simptom sakit perut cirit-birit muntah dan sebagainya.
“Selain daripada itu, Leptospirosis juga boleh berlaku yang ini berlaku sekiranya seseorang itu terdedah kepada air yang sudah dicemari oleh kuman iaitu Spyre air kencing haiwan seperti tikus”, katanya.
Tambah Nurul Shuhada, luka yang terbuka lebih mudah untuk dijangkiti kuman sekiranya tidak dibalut dengan bersih.
Menurutnya, selepas banjir surut, banyak kawasan berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.
Oleh itu, semua pihak bertanggungjawab dalam memastikan tiada tempat yang boleh menakung air seperti plastik, tin minuman dan bekas makanan polistirena yang digunakan atau hanyut ketika banjir.
Katanya, semua bekas perlu dibuang dengan betul, malah setiap penghuni rumah juga perlu memastikan persekitaran rumah bebas daripada tempat pembiakan nyamuk Aedes.
“Musim banjir ini memang sangat mudah penyakit berjangkit ini untuk merebak jadi yang pertama sekali ialah perlu menitikberatkan penjagaan kesihatan diri kena jaga amalkan kebersihan sentiasa basuh tangan, basuh tangan dengan air yang bersih menggunakan sabun setiap kali kita hendak menyentuh sesuatu ataupun selepas pergi ke tandas, selepas melakukan kerja-kerja pembersihan mesti amalkan amalan basuh tangan ini la air sabun dan air bersih”, katanya.
Nurul Shuhada berkata, ibu bapa perlu mengawal anak kecil daripada bermain di sekitar kawasan banjir.
Mereka juga perlu kerap membasuh tangan sebelum makan dan tidak membiarkan anak bermain dengan permainan yang dicemari air banjir sebelum dibersihkan.
IMEDIKEL TV





