Home Sukan CHELSEA,FULHAM KE SEPARUH AKHIR PIALA LIGA

CHELSEA,FULHAM KE SEPARUH AKHIR PIALA LIGA

260
0

LONDON: Chelsea bangkit daripada ambang kekalahan sebelum layak ke separuh akhir Piala Liga Inggeris susulan kemenangan dramatik menerusi penentuan penalti ke atas Newcastle selepas gol penyamaan saat terakhir Mykhailo Mudryk awal pagi tadi.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Pasukan kendalian Mauricio Pochettino disertai pada separuh akhir oleh Fulham, yang menundukkan Everton menerusi penentuan pemalti dan kelab divisyen dua Middlesbrough, yang menang 3-0 ke atas Port Vale.

Tewas tiga kali dalam lima aksi terakhir mereka, rentetan yang bermula dengan kekalahan 4-1 di Newcastle, Chelsea mempamerkan semangat juang tinggi untuk memenangi aksi suku akhir 4-2 menerusi penentuan penalti selepas seri 1-1 di Stamford Bridge.

Menghuni tangga ke-10 dalam Liga Perdana Inggeris, hanya dua minit memisahkan Chelsea daripada tersingkir sebelum pemain sayap dari Ukraine, Mudryk menjadi penyelamat dengan gol penyamaan yang mencetus kemenangan The Blues.

Satu-satunya trofi dimenangi Pochettino sebagai pengurus adalah kejuaraan liga Perancis dan piala domestik bersama Paris Saint-Germain.

Kemaraan Chelsea membolehkan pengendali dari Argentina itu memburu trofi sulungnya di England selepas beliau kalah final Piala Liga pada tahun 2015 ketika menjadi pengurus Tottenham.

“Kami terlalu gembira. Peminat dan kelab berhak menikmati detik ini. Ia satu lonjakan motivasi,” kata Pochettino.

“Pasukan kami masih terlalu muda. Kami mencipta ikatan yang amat bagus. Perlawanan sebegini boleh membantu kami meningkat.”

Kekalahan itu amat memilukan buat Newcastle, yang gagal melunas dendam tewas aksi final Piala Liga musim lalu di tangan Manchester United di Wembley.

Sesudah tersingkir daripada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara, kegagalan Newcastle satu lagi tamparan buat kelab yang didokong Arab Saudi itu dalam usaha memburu trofi utama pertama mereka sejak tahun 1969.

“Ia terlalu mengecewakan. Kami bertahan dengan amat bagus tetapi gagal juga akhirnya,” kata pengurus Newcastle, Eddie Howe. – AFP-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here