Home Sukan NEYMAR BAKAL TERLEPAS COPA AMERICA

NEYMAR BAKAL TERLEPAS COPA AMERICA

249
0

RIO DE JANEIRO: Penyerang Brazil, Neymar tidak sempat untuk pulih daripada pembedahan lutut sekali gus beraksi pada Copa America tahun depan, kata doktor pasukan kebangsaan Rodrigo Lasmar hari ini.

Penjaring gol terbanyak Brazil itu menjalani pembedahan bulan lalu selepas mengalami kecederaan lutut yang teruk ketika tugasan antarabangsa pada Oktober lalu.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Lasmar,yang mengendalikan pembedahan itu berkata, pemain berusia 31 tahun itu tidak dijangka cergas sepenuhnya hingga Ogos tahun depan dan mereka tidak berhasrat untuk mengambil jalan singkat dalam proses pemulihan buatnya untuk beraksi pada kejohanan dari 20 Jun hingga 14 Julai di Amerika Syarikat.

“Tidak sempat, ia terlalu awal, tiada gunanya untuk melangkau bagi pemulihan yang cepat dan mengambil risiko yang tidak sepatutnya,” kata Lasmar kepada stesen radio Brazil, Radio 98 FM.

“Kami jangkakan dia akan kembali bersedia untuk beraksi pada permulaan musim 2024 di Eropah, yang mana bulan Ogos. Kami perlu bersabar. Bercakap mengenai kembali sebelum sembilan bulan sesuatu yang tidak bagus.

“Amat penting memberikan masa buat tubuh untuk membentuk semula ligamen itu. Jangkaannya selepas ini, dia akan pulih pada satu tahap tertinggi.”

Neymar menyertai kelab Liga Pro Saudi, Al-Hilal pada Ogos lalu namun bekas penyerang Barcelona dan Paris Saint-Germain itu beraksi hanya lima perlawanan ketika dia bergelut dengan kecederaan otot.

Brazil diundi dalam Kumpulan D Copa America bersama Colombia, Paraguay dan satu pasukan dari Amerika Tengah. – REUTERS-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here