Home Luar Negara IRAN UMUM PEMBUKAAN SEBAHAGIAN RUANG UDARA

IRAN UMUM PEMBUKAAN SEBAHAGIAN RUANG UDARA

49
0

ISTANBUL: Memetik laporan Bernama-Anadolu menerusi Berita Harian Iran mengumumkan pembukaan semula sebahagian ruang udaranya bersama-sama dengan pembukaan semula beberapa lapangan terbang, setakat 0330GMT pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Penerbangan antarabangsa kini dibenarkan untuk transit melalui bahagian timur ruang udara Iran, menurut Pertubuhan Penerbangan Awam seperti dipetik oleh Agensi Berita Mehr.

Operasi penerbangan di lapangan terbang di seluruh negara akan dipulihkan secara progresif bergantung pada kesediaan teknikal dan operasi pihak berkuasa tentera dan awam, untuk menyambung semula perkhidmatan penumpang bagi orang ramai, tambahnya.

Pada 28 Februari lalu, AS dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran dan Tehran bertindak balas dengan serangan ke atas Israel dan negara serantau lain yang menempatkan aset AS.

Perang ditangguhkan sejak 8 April susulan gencatan senjata dua minggu dengan Pakistan sebagai pengantara.

Washington dan Tehran mengadakan perbincangan di Pakistan hujung minggu lalu ke arah keamanan berkekalan dan usaha untuk satu lagi sesi di Islamabad sedang dijalankan. – Bernama-Anadolu, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here