Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
PASIR PUTEH: Kerajaan meluluskan bantuan segera sebanyak RM500,000 kepada Sekolah Menengah Ugama (A) Darul Ulum Al-Muhammadiah, Kampung Kolam di Bachok yang terjejas dalam kebakaran pada Rabu lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan itu adalah untuk baikpulih dengan segera segala kerosakan pada bangunan sekolah itu.
“Saya difahamkan tiga blok bangunan sekolah rosak dan musnah dan ini adalah sekolah anak-anak kita.
“Jadi, kerajaan meluluskan bantuan segera sebanyak RM500,000 untuk kerja baik pulih,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Masjid Mukim Gong Chapa Temila, di sini, hari ini.
Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
“Saya terima surat daripada Menteri Besar Kelantan mengenai kebakaran itu, Menteri Besar ingat saya nak jaga Kelantan ke?, saya banyak negeri kena jaga, tapi sebab dia sahabat, saya tanya berapa tak cukup, dia kata hampir setengah juta, sekarang juga saya luluskan segera setengah juta,” katanya.
IMedikel TV






