Home Buletin Semasa KAPAL MINYAK MALAYSIA ADALAH KAPAL TERAWAL DIBERI LALUAN DI SELAT HORMUZ KINI...

KAPAL MINYAK MALAYSIA ADALAH KAPAL TERAWAL DIBERI LALUAN DI SELAT HORMUZ KINI TIBA DI PENGERANG

96
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kapal minyak Malaysia adalah kapal terawal yang diberi laluan di Selat Hormuz dan telah tiba di Pengerang, semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menzahirkan rasa syukur dan ia adalah kerana tindakan diplomasi awal kerajaan yang berbincang dengan Presiden Iran sehingga membolehkan kapal minyak negara terlepas ketika melalui di Selat Hormuz.

“Alhamdulillah kapal minyak Petronas semalam telah tiba di Pengerang sebagai kapal pertama yang sampai ke destinasi tersebut.

“Ketibaan di Pengerang adalah kerana proses pemprosesan minyak hanya dapat dilakukan di fasiliti di Pengerang,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Terminal Baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di sini, hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Anwar berkata, terdapat sebuah lagi kapal masih dalam perjalanan yang mungkin akan sampai dalam masa singkat selain ada juga yang sedang berdepan masalah termasuk kelewatan dan kerosakan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here