Home Sukan IOC ANGGAP UJIAN JANTINA IBA TIDAK SAH

IOC ANGGAP UJIAN JANTINA IBA TIDAK SAH

280
0

PARIS: Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengaku sudah menerima keputusan ujian berkenaan jantina petinju Algeria, Imane Khelif setahun lalu.

Pegawai Persatuan Tinju Antarabangsa (IBA) memberikan data yang menyatakan Khelif dan petinju Taiwan, Lin Yu-Ting mempunyai DNA lelaki – sekali gus menyebabkan penyertaan mereka di Kejohanan Dunia tahun lalu dibatalkan.

Kedua-dua petinju berkenaan dibenarkan beraksi di Olimpik Paris selepas IOC tidak mengiktiraf IBA, dengan Khelif dan Yu-Ting kini mengesahkan sekurang-kurang pingat gangsa di temasya kali ini.

IOC mengesahkan mereka menerima maklumat daripada IBA yang diketuai Umar Kremlev dari Russia, tetapi menganggapnya tidak sah.

Ujian berkenaan merumuskan DNA Khelif dan Yu-Ting mengandungi kromosom XY seperti lelaki.

Jurucakap IOC, Mark Adams mengesahkan menerima maklumat berkenaan, tetapi tidak mempersoalkan isi kandungannya, sebaliknya mengkritik kesahihan ujian yang dijalankan.

“Ujian berkenaan tidak sah. Tidak ada sebab untuk menjalankan ujian. Bagi saya, keputusan mengadakan ujian berkenaan adalah kerana salah seorang petinju itu menewaskan petinju Russia.

“Bagi saya proses ujian itu tidak sah. Saya bukan pakar perubatan, tetapi prosesnya tidak betul,” kata Adams.

Selepas kontroversi membabitkan Khelif dan petinju Itali, Angela Carini di Paris, lawan Yu-Ting, Svetlana Staneva dari Bulgaria turut meluahkan rasa tidak puas hati selepas tewas.

Staneva membuat simbol X sebanyak dua kali dengan jarinya dan jurulatihnya turut mengangkat kertas putih yang tertulis ‘Saya hanya mahu bermain dengan wanita, saya XX.’

Khelif akan menentang petinju Thailand, Janjaem Suwannapheng esok manakala Yu-Ting berdepan Esra Yildiz dari Turkiye pada Rabu. – AGENSI, BH Online

IMedikelTV.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here