Home Sukan INTER BANGKIT TUNDUKKAN COMO, MARA KE FINAL PIALA ITALI

INTER BANGKIT TUNDUKKAN COMO, MARA KE FINAL PIALA ITALI

46
0

MILAN: Inter Milan bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Como 3-2 dalam aksi separuh akhir, sekali gus melangkah ke final Piala Itali dengan agregat sama.

Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro, Inter yang tampak hampir tersingkir di San Siro selepas dibolosi jaringan Martin Baturina dan Lucas Da Cunha pada awal babak kedua, berjaya mengubah nasib menerusi kebangkitan dramatik di penghujung perlawanan.

Hakan Calhanoglu menjadi watak utama apabila meledak dua gol untuk mengikat kedudukan sebelum membantu Petar Sucic menjaringkan gol kemenangan saat akhir.

Skuad kendalian Cristian Chivu itu akan menentang salah satu daripada Atalanta atau Lazio pada final di Rome bulan depan.

Gol kemenangan Sucic memusnahkan impian Como untuk mara ke final buat kali pertama, selepas pasukan itu yang pernah beraksi di liga ketiga pada 2019 hampir mencipta kejutan besar. 

Calhanoglu mengakui kebangkitan itu bukan sesuatu yang mudah, namun memuji semangat juang pasukannya. 

“Saya mungkin bernasib baik, tetapi saya gembira kami berjaya bangkit. Como memberi tentangan sengit kerana mereka tahu cara bermain.

“Liga dan piala adalah dua sasaran kami dan kami perlu memastikan kejuaraan liga dimuktamadkan secepat mungkin,” katanya.

Inter kini berada di landasan terbaik untuk memburu kejuaraan berganda apabila hampir pasti menjuarai Serie A dengan kelebihan 12 mata ke atas AC Milan dan Napoli berbaki lima perlawanan.-AFP, HMetro Online-

IMedikel TV 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here