Home Luar Negara INSIDEN BERDARAH DI KEDAI POKEMON

INSIDEN BERDARAH DI KEDAI POKEMON

147
0

TOKYO: Memetik laporan REUTERS menerusi Harian Metro cuti persekolahan di Jepun digemparkan dengan insiden kematian seorang kakitangan wanita di premis menjual barangan Pokemon yang maut akibat ditikam di sebuah pusat beli-belah di sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian itu, suspek iaitu penyerang turut maut dipercayai ‌selepas menikam dirinya sendiri.

Mangsa yang berusia 20-an itu ditikam di lehernya pada 7.16 malam waktu tempatan oleh seorang lelaki lingkungan umur sama, kata Jabatan Polis Metropolitan Tokyo.

Menurut jurucakap polis, kedua-duanya disahkan meninggal dunia di sebuah hospital sejam kemudian.

Penyiar TV Asahi melaporkan, wanita itu yang juga kerani stor premis berdepan suspek yang menghunus pisau di kedua-dua belah tangan.

Sebelum kejadian, polis menerima aduan daripada seorang individu dipercayai mangsa berhubung dakwaan diintai, lapor akhbar Asahi.

Video yang tular di media sosial menunjukkan suspek melarikan diri dari tempat kejadian ketika ambulans berkumpul di bangunan itu, terletak hanya beberapa ratus meter dari terminal Ikebukuro, ⁠salah satu stesen kereta api paling sibuk di sini.

Premis itu sesak dengan lebih 100 pelanggan termasuk ramai kanak-kanak dan pelancong asing, sebelum bunyi rak jatuh dan seorang wanita menjerit meminta tolong didengari, kata saksi yang melarikan diri dari tempat kejadian kepada ⁠Asahi.

Pokemon Co yang mengendalikan kira-kira 20 premis di Jepun yang menjual barangan daripada francais popular itu berkata, cawangannya di Ikebukuro dan kafe ‘Pikachu Sweets’ bersebelahannya akan ditutup sehingga diberitahu kelak.

“Kami akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis selain menitikberatkan aspek fizikal dan mental kakitangan kami,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan di laman webnya. – REUTERS, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here