Home Luar Negara GLOBAL SUMUD FLOTILLA BAKAL LANCAR MISI BAHARU KE GAZA APRIL NANTI

GLOBAL SUMUD FLOTILLA BAKAL LANCAR MISI BAHARU KE GAZA APRIL NANTI

159
0

MOSCOW: Kumpulan aktivis Global Sumud Flotilla bakal melancarkan misi kemanusiaan ke Semenanjung Gaza pada 12 April depan bermula dari pelabuhan Barcelona. Laporan agensi berita Europa Press memetik kenyataan penyelaras misi, Saif Abukeshek, yang mengumumkan perkara ini di parlimen Catalan pada Rabu.

Memetik laporan Sputnik menerusi Harian Metro, armada itu membabitkan anggaran 100 kapal dengan penyertaan lebih 2,000 individu.

Selain laluan laut, sebuah konvoi darat akan bertolak dari Mauritania pada 10 April bagi menghantar bantuan kemanusiaan.

Terdahulu pada 5 Februari, Global Sumud Flotilla menyatakan hasrat menghantar misi bantuan terbesar ke Gaza melalui jalan laut dan darat bermula 29 Mac. Menjelang Mac, kumpulan ini mengesahkan pembabitan lebih 100 kapal serta lebih 1,000 pakar ke wilayah berkenaan bagi memecah sekatan Israel di Gaza. – BERNAMA-SPUTNIK, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here