Home Sukan CHIN LEDAK GOL SULUNG BERSAMA RAITH ROVERS

CHIN LEDAK GOL SULUNG BERSAMA RAITH ROVERS

134
0

KUALA LUMPUR: Memetik laporan menerusi Berita Harian pemain warisan negara, Richard Chin muncul antara watak penting apabila membantu Raith Rovers meraih kemenangan 3-0 ke atas Ayr United dalam aksi Kejuaraan Scotland, awal pagi tadi.

Chin mencuri tumpuan apabila meledak gol ketiga pasukannya pada minit ke-67, sekali gus melakar jaringan pertamanya selepas enam bulan menanti.

Lebih menarik, pemain berusia 23 tahun itu hanya dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-61 bagi menggantikan Kai Montagu sebelum segera memberikan impak positif buat pasukannya.

Raith Rovers terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Innes Cameron seawal minit keenam sebelum penyerang itu menambah gol kedua pada minit ke-60 untuk meletakkan tuan rumah dalam kedudukan selesa.

Kehadiran Chin selepas itu nyata memberi dimensi tambahan dalam serangan Raith Rovers apabila dia berjaya menyudahkan peluang untuk melengkapkan kemenangan bergaya pasukan.

Jaringan itu pastinya cukup bermakna buat Chin memandangkan ia adalah gol pertamanya sejak September tahun lalu, sekali gus menamatkan kemarau jaringannya selama enam bulan.

Pada masa sama, sumbangan itu juga membuktikan Chin mampu memainkan peranan penting walaupun bermula dari bangku simpanan, sesuatu yang pastinya menggembirakan barisan kejurulatihan Raith Rovers.

Kemenangan itu menyaksikan Raith Rovers kini menghuni tangga kelima liga dengan kutipan 36 mata selepas mengharungi 31 perlawanan, sambil Chin boleh terus tersenyum selepas berjaya membantu pasukannya dengan jaringan yang cukup dinanti-nantikan. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here