Home Hiburan IBU AQISH PUJI KEIKHLASAN SWEET QISMINA BERI SEMANGAT

IBU AQISH PUJI KEIKHLASAN SWEET QISMINA BERI SEMANGAT

236
0

KUALA LUMPUR: Ibu Puteri Balqish, Norashikin Mohd Aziz memuji sikap pelakon Sweet Qismina yang didakwa memberi semangat kepada anaknya secara peribadi.

Memetik laporan Harian Metro, melalui hantaran terbaharu di akaun Instagram (IG) Puteri Balqish atau mesra disapa Aqish, Norashikin mendakwa Sweet menghantar mesej langsung (DM) kepada anaknya bagi memberi semangat.

“Saya sangat hormat cara Sweet Qismina dari dahulu. Dia DM anak saya, bagi semangat kepada anak saya.

“Saya sangat-sangat hormat cara Sweet Qismina dari dahulu. Sweet Qismina orangnya tegas, lantang tetapi bersebab. Dia tidak berpura-pura baik, tetapi memang baik,” katanya pada hantaran itu.

Selain itu, Norashikin berkata, dia dapat melihat keikhlasan Sweet terhadap anaknya.

Dalam pada itu menerusi hantaran sama, Norashikin melahirkan kekecewaan terhadap seorang pelakon dan pengacara wanita popular.

Menurutnya, pelakon terbabit tidak perlu meletakkan hal mereka di platform Threads dan berpura-pura bersikap neutral.

“Hendak ambil tahu boleh, tapi ayat-ayat awak lebih kepada menekan kami. Kami tak pernah ‘tunggang’ isu awak.

“Boleh tak selepas ini kalau ada berita tentang kes pembuli daripada golongan artis yang awak suka, atau peminat awak dibuli, awak bagi ayat yang sama kepada mereka?

“Macam mana yang awak bagi pada kami dalam Threads?” tulisnya lagi.

Norashikin juga mengakui sedih dengan ayat-ayat digunakan pelakon wanita terbabit yang didakwanya tidak memberi semangat.

Katanya, mereka bukan minta untuk dibela, tetapi jika tiada keperluan lebih baik diam.-HMetro Online- 

IMedikel TV 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here