KUALA LUMPUR: “Apa saja pekerjaan, ‘always’ (sentiasa) ada ‘dark side’ (sisi gelap),” kata pelakon popular, Syafiq Kyle.
Memetik laporan Harian Metro, Syafiq berkata demikian ketika diminta mengulas isu gangguan seksual membabitkan pelakon kanak-kanak yang hangat diperkatakan ramai.
Menurut Syafiq, 33, sebagai pelakon, bukan semua perkara boleh dikongsikan kepada orang ramai termasuk peminat.
“Bila kita masuk dalam bidang seni, kita memang kena lalui banyak benda dan tidak semua perkara itu boleh dikongsi kerana apa saja pekerjaan ‘always’ ada ‘dark side’.
“Saya rasa ada benda yang kita patut kongsi dan ada benda yang kita tak patut kongsi dan semua itu menunjukkan pengalaman (kematangan) kita dalam bidang seni,” katanya.
Mengulas lanjut, Syafiq menyifatkan isu gangguan seksual membabitkan pelakon kanak-kanak itu terlalu sensitif untuk diperkatakan.
“Benda ini terlalu sensitif untuk kita cakap dan kita tak tahu semua orang ada ‘bad story’ mereka.
“Saya mungkin tiada pengalaman itu tapi apa yang saya boleh cakap selain kita penggiat seni, kita juga manusia.
“Jadi kita kena berani untuk berpegang pada keperibadian kita dan itu yang lebih penting,” katanya.
Ditanya nasihat pula, kata Syafiq, selain bergelar pelakon, dia juga meletakkan dirinya sebagai manusia yang berjuang dalam kehidupan dan kerjaya seni.
“Saya lebih kepada percaya semua orang ada kehidupan masing-masing. Selebihnya, saya rasa ada orang yang lebih layak untuk beri nasihat dalam perkara (isu gangguan seksual) ini,” katanya.-HMetro Online-
IMedikel TV






