Home Sukan HENDERSON MAKIN HAMPIR SERTAI AL-ETTIFAQ

HENDERSON MAKIN HAMPIR SERTAI AL-ETTIFAQ

267
0

LIVERPOOL: Jordan Henderson akan meninggalkan kem latihan Liverpool di Jerman untuk melengkapkan perpindahan ke Arab Saudi selepas Al-Ettifaq bersetuju dengan perjanjian bernilai 12 juta pound (RM71.24 juta).

Kapten Liverpool itu tidak diturunkan ketika kemenangan 4-2 di Karlsruhe semalam selepas Al-Ettifaq membuat tawaran yang diterima kelab Anfield itu.

Henderson juga sudah berbincang dengan pengendali Liverpool, Jurgen Klopp berkenaan perpindahan ke kelab Liga Pro Saudi yang dikendali legenda The Reds, Steven Gerrard.

Al-Ettifaq, yang tidak disokong dana Public Investment Fund (PIF) seperti empat kelab gergasi Arab Saudi, pada awalnya tidak bersetuju dengan yuran perpindahan berkenaan, tetapi kemudian kembali dengan cadangan pembayaran yang dipersetujui Liverpool.

Henderson, 33, berkhidmat di Anfield sejak 12 tahun lalu, menjadi kapten selama lapan tahun dan menjulang tujuh trofi major.

Henderson ditawarkan kontrak bernilai 700,000 pound (RM4.16 juta) seminggu untuk kembali bergandingan dengan bekas rakan sepasukannya, Gerrard yang menyertai Al-Ettifaq awal bulan ini.

Selain Henderson, seorang lagi pemain Liverpool, Luis Diaz turut menarik minat kelab Arab Saudi, Al-Hilal, yang menawarkan 50 juta pound (RM296.84 juta), tetapi Liverpool tidak bercadang melepaskan pemain Colombia itu. – AGENSI, BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here