Home Sukan HATRIK DIAZ PACU BAYERN BENAM HOFFENHEIM

HATRIK DIAZ PACU BAYERN BENAM HOFFENHEIM

MUNICH: Memetik laporan AFP menerusi Berita Harian Luis Diaz meledak hatrik ketika membantu Bayern Munich membelasah Hoffenheim 5-1 awal pagi tadi, sekali gus mengembalikan kelebihan enam mata di puncak Bundesliga.

Kemenangan Borussia Dortmund di Wolfsburg kelmarin merapatkan jurang kepada tiga mata, tetapi aksi Diaz yang sukar dikekang menjadi penentu apabila Bayern memberikan jawapan cemerlang.

Harry Kane menjaringkan dua penalti, kedua-duanya dimenangi oleh Diaz, untuk melonjak kepada 24 gol liga musim ini dan 38 dalam semua pertandingan.

“Banyak desas-desus selepas dua perlawanan tanpa kemenangan. Penting untuk kami kekal tenang,” kata Kane kepada DAZN.

“Kami menghampiri penghujung musim, di peringkat yang mana setiap tiga mata amat berharga. Jurang boleh dipotong dengan cepat – musim sebenar bermula sekarang.”

Harapan Hoffenheim tergugat awal apabila Kevin Akpoguma dilayangkan kad merah selepas menjatuhkan Diaz di dalam kotak penalti.

Kane menyempurnakan sepakan penalti itu, tetapi penjaga gol Manuel Neuer melakukan kesilapan hantaran, membolehkan Fisnik Asllani mengumpan bola kepada Andrej Kramaric untuk gol penyamaan.

Bayern sebelum ini kehilangan lima mata dalam dua perlawanan terakhir liga dan kelihatan lembap, kecuali Diaz yang bertenaga, memperoleh satu lagi penalti pada minit ke-44.

Kane menyudahkan penalti itu sekali lagi sebelum membalas jasa Diaz dengan hantaran pantas ketika serangan balas, membolehkan bekas pemain Liverpool itu menolak bola masuk pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Pada babak kedua menyaksikan Diaz menambah gol menerusi hantaran Michael Olise sebelum melengkapkan hatriknya dengan rembatan dari luar kotak penalti pada minit terakhir.

Hatrik pertama Diaz bersama Bayern membolehkannya mengumpul 13 gol pada musim sulungnya dalam Bundesliga selain sembilan umpanan gol. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here