Home Sukan HAKIMI TERLEPAS AKSI TIMBAL BALIK

HAKIMI TERLEPAS AKSI TIMBAL BALIK

13
0

PARIS: Memetik laporan REUTERS menerusi Harian Metro Paris Saint Germain (PSG) bakal turun tanpa tonggak kanan, Achraf Hakimi bagi aksi timbal balik separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich minggu depan selepas pemain itu mengalami kecederaan paha.

Hakimi mengalami kecederaan berkenaan ketika kemenangan dramatik 5-4 pada aksi pertama, di mana dia turut mencipta bantuan gol kepada Khvicha Kvaratskhelia.

Pemain antarabangsa Maghribi berusia 27 tahun itu tetap menghabiskan perlawanan walaupun kesakitan kerana PSG sudah menggunakan semua pertukaran, sekali gus memastikan kelebihan satu gol dibawa ke Munich.

Dalam perkembangan sama, penjaga gol Lucas Chevalier turut mengalami kecederaan paha ketika sesi latihan dan dijangka berehat beberapa minggu.

PSG yang kini mendahului Ligue 1 akan berdepan Lorient hujung minggu ini sebelum berlepas ke Munich bagi aksi penentuan itu. – REUTERS, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here