Home Luar Negara GEMPA BUMI 6.5 SKALA RICHTER LANDA SELATAN FILIPINA

GEMPA BUMI 6.5 SKALA RICHTER LANDA SELATAN FILIPINA

48
0

MANILA: Gempa bumi luar pesisir berukuran 6.5 pada skala Richter melanda wilayah Davao Occidental di selatan Filipina pada malam Selasa, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina.

Memetik laporan Bernama-Xinhua menerusi Harian Metro, institut itu memaklumkan gempa bumi tektonik berkenaan berlaku pada 11.49 malam waktu tempatan pada kedalaman 10 kilometer, dengan pusat gempa terletak 104 kilometer di barat daya pesisir Pulau Balut, lapor Xinhua.

Filipina, sebuah negara kepulauan di Asia Tenggara sering dilanda gempa bumi, letusan gunung berapi dan tsunami berikutan kedudukannya di sepanjang “Lingkaran Api Pasifik”, iaitu zon luas yang mengelilingi Lautan Pasifik dan mempunyai aktiviti seismik serta gunung berapi yang tinggi.-Bernama-Xinhua, HMetro Online-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here