Home Buletin Semasa GANGGUAN BEKALAN GULA PULIH, JUALAN MASIH DIHADKAN

GANGGUAN BEKALAN GULA PULIH, JUALAN MASIH DIHADKAN

118
0

KUALA TERENGGANU: Krisis gangguan bekalan gula di negeri ini pulih, tetapi masih terdapat pengusaha pasar raya dan kedai runcit di negeri ini mengehadkan jualan.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri, Saharuddin Mohd Kia, berkata pemantauan dilakukan mendapati beberapa pemborong terpaksa menolak penghantaran berikutan bekalan gula berlebihan.

Katanya, krisis gangguan bekalan gula seperti dihadapi ketika cuti Aidilfitri lalu pulih sepenuhnya selepas usaha berterusan dilakukan KPDN dan pemborong di negeri ini.

“Berdasarkan laporan, krisis gangguan bekalan gula dihadapi di negeri ini berpunca daripada permintaan tinggi selain penutupan sementara dua kilang pengeluar,” katanya.

Difahamkan, sebanyak 10 pemborong di negeri ini menerima bekalan gula daripada dua pengeluar sebanyak 269.6 tan metrik.

Ketika mengulas ada pengusaha pasar raya mengehadkan jualan, Saharuddin berkata, kaedah jualan kendiri dilakukan itu bertujuan memastikan supaya semua pihak berpeluang untuk mendapatkan bekalan.

Katanya, kaedah jualan kendiri itu dilakukan beberapa pasar raya bagi mengelakkan pengguna membeli gula secara berlebihan.

“Kaedah itu juga dilakukan untuk memastikan pengguna lain berpeluang mendapatkan bekalan,” katanya.

Mengulas mengenai ada peniaga menaikkan harga, Saharuddin berkata, pihaknya ada menerima laporan melalui laman sosial termasuk Facebook dan TikTok.

Katanya, pengguna diminta mengemukakan secara rasmi termasuk maklumat lengkap bagi memudahkan KPDN melakukan siasatan dan mengambil tindakan.

Sumber BH Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here