Home Luar Negara BAPA TEMBAK ANAK BERUSIA 12 TAHUN SELEPAS MURUNG ISTERI & 2 ORANG...

BAPA TEMBAK ANAK BERUSIA 12 TAHUN SELEPAS MURUNG ISTERI & 2 ORANG ANAK LAIN JADI KORBAN GEMPA BUMI

133
0

TURKIYE: Seorang suami yang kehilangan isterinya akibat daripada tragedi gempa bumi Turkiye Februari lalu mengambil keputusan untuk turut membunuh anaknya yang terselamat.

Masalah kemurungan

Menerusi laporan Daily Mail, lelaki yang dikenali sebagai Ferit Dayan itu bertindak menembak anak perempuannya, 12, di bahagian kepala setelah kehilangan isteri dan dua lagi anaknya dalam tragedi berkenaan.

Selepas itu, Ferit yang juga seorang guru sains sekolah menengah itu meragut nyawanya sendiri akibat daripada masalah kemurungan.

Difahamkan, anak perempuannya, Asya sedang bermain di taman baharu rumah mereka sebelum dipanggil lalu Ferit melepaskan tembakan di kepalanya.

Tembakan itu didengari oleh jiran yang menyebabkan pihak polis serta pasukan kecemasan bergegas ke tempat kejadian.

Pada mulanya, Asya dimaklumkan masih hidup dan hanya mengalami kecederaan parah. Namun disahkan meninggal dunia di unit rawatan rapi (ICU).

Susulan daripada itu, kedua-duanya dimaklumkan dikebumikan bersebelahan di tanah perkuburan kampung Tasliyazi.

Sumber OHBULAN

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here