Home Buletin Semasa AJAL DI PERHENTIAN BAS

AJAL DI PERHENTIAN BAS

122
0

KUCHING: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di perhentian bas jalan utama Pending, di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Merbin Lisa, berkata mangsa dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh orang awam pada jam 6.57 pagi semalam, sebelum menghubungi polis.

“Pemeriksaan oleh pegawai perubatan dari Hospital Umum Sarawak (HUS) di lokasi mengesahkan kematian lelaki berkenaan dalam tempoh 24 jam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

“Pemeriksaan polis terhadap mayat mangsa juga tidak menemukan sebarang unsur jenayah, selain tiada sebarang dokumen pengenalan diri,” katanya.

Merbin berkata, mangsa dianggarkan berusia dalam lingkungan 45 hingga 50 tahun dengan tinggi 165 sentimeter dan berat badan 60 kilogram.

“Ketika dijumpai, mangsa tidak memakai baju dan hanya berseluar pendek berwarna coklat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa diminta menghubungi Gerakan IPD Kuching di talian 082-244444 atau Pegawai Penyiasat, Sarjan Mejar Siti Mariam di talian 016-4461345 bagi membantu siasatan serta membuat pengecaman.

Sumber BH Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here