Home Buletin Semasa SHAREEN LUPAKAN KESEDIHAN DEMI NEGARA

SHAREEN LUPAKAN KESEDIHAN DEMI NEGARA

173
0

PHNOM PENH: Ramai yang tidak menyedari bahawa atlet olahraga wanita negara Shereen Samson Vallabouy berlari dalam keadaan penuh kesedihan pada acara 4×400 meter (m) wanita di Stadium Morodok techo, hari ini.

Hal ini kerana, sehari sebelum dia turun beraksi dalam acara 4x400m itu, Shereen yang berpangkalan di Amerika Syarikat menerima khabar duka apabila neneknya mendiang M Rajammah berusia 86 tahun meninggal dunia akibat sakit tua.

Khabar duka itu jelas menganggu tumpuan atlet berusia 25 tahun itu namun dia memilih untuk terus berbakti kepada negara dengan menghabiskan larian dalam acara 4x400m wanita hari ini.

Walaupun tidak berjaya membawa pulang sebarang pingat dalam acara berkenaan, Shereen seharusnya diberikan pujian kerana tetap memberikan komitmen tinggi dengan mempamerkan larian bertenaga dalam acara berkenaan.

“Saya tetap memberi tumpuan untuk menghabiskan larian… Saya sememangnya sedih namun kita tetap perlu berikan terbaik untuk negara namun pada acara berkenaan tidak berjaya membawa pulang pingat,”kata Shereen.

Acara 4×400 m wanita petang tadi menyaksikan kuartet dari Vietnam memenangi pingat emas dengan catatan masa 3minit 37.75 saat manakala Filipina dikedudukan kedua (3:39.29) dan wakil Thailand memenangi gangsa (3:39.29).

Sebelum itu, Shereen Samson Vallabouy meraih tumpuan apabila memenangi emas dalam acara 400m individu wanita pada Selasa lalu.

Shereen yang diletakkan sebagai harapan untuk membawa pulang emas dalam sukan olahraga membuktikan dia sukar digugat apabila menjadi individu pertama tiba di garisan penamat menerusi catatan masa 52.53s.

Sumber OHBULAN

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here