Home Hiburan FAZLEY PERTAHAN BEKAS ISTERI, ENGGAN NETIZEN TERUS MENGHUKUM

FAZLEY PERTAHAN BEKAS ISTERI, ENGGAN NETIZEN TERUS MENGHUKUM

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tampil mempertahankan bekas isteri, Azrene Soraya Abdul Aziz, yang berdepan kecaman netizen susulan keterbukaan wanita itu berkongsi foto tidak bertudung di media sosial.

Memetik laporan Berita Harian, Fazley menegaskan, beliau tidak melihat tindakan Azrene sebagai satu kesalahan kerana percaya setiap individu berhak menentukan jalan hidup sendiri.

“Saya tetap melindungi Azrene sampai ke hujung hayat saya. Bila dia buat keputusan untuk buka tudung, itu sesuatu yang orang baru nampak.

“Sebenarnya, Azrene memang begitu sejak kami berkahwin. Jadi, pada saya, kita tak boleh menilai baik buruk orang hanya kerana bertudung atau tidak.

“Bertudung itu pilihan masing-masing dan saya tetap menyokong apa saja keputusan Azrene. Saya akan sentiasa berada di sebelah dia,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran menu Flavour Kahwin, Sushi Plus, Bangsar South, di sini, hari ini.

Sebelum ini, penampilan terkini Azrene yang dipaparkan menerusi sebuah portal gaya hidup tular di media sosial mengundang pelbagai reaksi, termasuk kecaman netizen.

Mengulas lanjut, Fazley menegaskan beliau mengekalkan hubungan baik bersama Azrene meskipun sudah berpisah sejak Oktober tahun lalu, demi kebajikan anak-anak.

“Azrene ada kunci rumah, jadi dia boleh datang bila-bila masa. Saya anggap kita jaga anak bersama walaupun anak-anak menetap dengan saya.

“Kita tak boleh buruk sangka atau bergaduh sesama sendiri, lebih-lebih lagi depan anak-anak. Pergaduhan hanya buat mereka trauma. Penting untuk kami kekal bersatu dalam soal mendidik anak,” katanya.

Fazley dan Azrene mendirikan rumah tangga pada 2006 sebelum bercerai tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 16; Ahmad Fieradz Shah, 15; Ahmad Fierudz Shah, 14; serta Alayna Selma, 8. – Berita Harian –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here