Home Hiburan FATTAH, AMIRA SAMBUT ‘HERO’

FATTAH, AMIRA SAMBUT ‘HERO’

34
0

KUALA LUMPUR: Fattah Amin berkongsi khabar gembira apabila isteri, Amira Othman, 33, selamat melahirkan cahaya mata sulung pada jam 6.20 petang di sini, semalam.

Memetik laporan Berita Harian, berita gembira itu diumum Fattah melalui hantaran Instagram (IG) dengan memaklumkan bayi lelaki terbabit diberi nama, Muhammad Jarir Umar Abdul Fattah.

“Ahlan Wasahlan Muhammad Jarir Umar Abdul Fattah.

“Alhamdulillah, isteri saya, Nadia Amira Othman selamat melahirkan bayi kami pada jam 6.20 petang semalam,” tulisnya. 

Menerusi perkongsian itu, Fattah turut memuat naik foto mendukung bayi mereka sambil wajah si kecil ditutup dengan emoji tangan berdoa.

Fattah juga menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan keluarganya. Dia turut menitipkan doa agar putera sulungnya itu membesar menjadi anak yang soleh.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan.

“Semoga Jarir membesar menjadi anak yang soleh serta penyejuk hati Mommy dan Daddy,” katanya.

Fattah dan Amira mendirikan rumah tangga pada 14 September tahun lalu pada majlis di Sepang, Selangor.

Fattah memiliki seorang anak, Nur Fatima Aisya yang berusia enam tahun bersama bekas isteri, Nur Fazura. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here