Home Hiburan ERNIE ZAKRI SARAN CARI GURU VOKAL

ERNIE ZAKRI SARAN CARI GURU VOKAL

22
0

KUALA LUMPUR: Penyanyi Ernie Zakri menyarankan mereka yang mahu menceburi bidang nyanyian supaya mengambil kelas dengan guru vokal yang berpengalaman.

Memetik laporan Harian Metro, Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 34, berkata dia juga tidak mengesyorkan individu yang mahu bergelar penyanyi hanya belajar vokal menerusi YouTube semata-mata.

“Pelajaran sangat penting terutamanya kalau nak jadi penyanyi kerana pengetahuan soal muzik pun perlu tapi apabila membabitkan suara (vokal), saya tidak syorkan belajar di YouTube.

“Lebih elok berguru dan kalau boleh cari guru vokal yang pandai dan tak salah teknik mengajar sebab apabila membabitkan vokal ini, ia sangat rapuh.

“Kalau dapat guru yang salah, hancur suara kita. Setakat nak ‘warm up’ vokal guna YouTube okay tapi kalau ada bajet, saya syorkan cari guru yang sesuai untuk belajar,”katanya.

Mengulas mengenai penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menjadikannya inspirasi dalam bidang nyanyian, kata Ernie, dia menganggap sebagai satu penghormatan dalam karier nyanyiannya.

“Alhamdulillah, saya berasa bangga dan bersyukur kerana menjadi inspirasi kepada pelajar terbabit.

“Sudah menjadi tanggungjawab saya, setiap kali berada di pentas untuk sentiasa memberikan yang terbaik kerana kita tidak tahu persembahan kita kadang-kadang akan beri inspirasi kepada bakat-bakat baharu di luar sana.

“Sama macam saya tengok idola saya eperti Dayang Nurfaizah, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ziana Zain di pentas dulu, saya juga mendapat inspirasi daripada mereka,” katanya. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here