Home Sukan ENGLAND HADAPI ITALI, UKRAINE TANPA RASHFORD

ENGLAND HADAPI ITALI, UKRAINE TANPA RASHFORD

197
0

England akan beraksi tanpa Marcus Rashford pada aksi kelayakan Euro 2024 bertemu Itali dan Ukraine.

Penyerang Manchester United itu cedera ketika kemenangan suku akhir Piala FA ke atas Fulham Ahad lalu.

Penjaga gol Newcastle, Nick Pope dan pemain tengah Chelsea, Mason Mount juga menarik diri daripada skuad kendalian Gareth Southgate.

Penjaga gol Tottenham, Fraser Forster hanya satu-satunya pemain yang disenaraikan Southgate sebagai gantian dalam senarai 25 pemain diumumkannya minggu lalu.

Ketiadaan Rashford antara yang paling merugikan selepas penyerang itu menunjukkan prestasi memberangsangkan sejak Piala Dunia Qatar.

Pemain 25 tahun itu meledak 27 gol untuk United musim ini, 19 daripadanya hadir sejak kembali dari Qatar, di mana dia menjaringkan tiga gol dalam lima penampilan.

Pope mengharungi 90 minit bersama Newcastle di Nottingham Forest pada Jumaat tetapi terpaksa menarik diri akibat kecederaan ringan.

Selain Forster, Jordan Pickford dan Aaron Ramsdale turut berada dalam senarai penjaga gawang England.

Bagaimanapun Southgate tidak memanggil pemain lain bagi menggantikan Rashford atau Mount.

England akan menentang Itali di Naples pada Khamis dan Ukraine di Wembley pada Sabtu. 

Sumber: BH Online & AGENSI

– Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here