Home Segmen Kesihatan ENAM KANDUNGAN SKINCARE BERBAHAYA UNTUK IBU HAMIL

ENAM KANDUNGAN SKINCARE BERBAHAYA UNTUK IBU HAMIL

432
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Ramai wanita hamil masih menggunakan alat solek dan produk penjagaan kulit seperti biasa tanpa menyedari bahawa sesetengah bahan dalam produk tersebut boleh memudaratkan bayi dalam kandungan.

Walaupun rutin kecantikan menjadi sebahagian daripada keyakinan diri, ibu mengandung perlu lebih berhati-hati kerana beberapa bahan aktif dalam produk kosmetik boleh memberi kesan negatif terhadap perkembangan janin.

Menurut perkongsian portal hellodoktor, berikut enam kandungan skincare berbahaya untuk ibu hamil yang perlu dielakkan:

1. Parabens
Parabens sering ditemui dalam alat solek, pelembap dan produk penjagaan rambut. Bahan ini boleh menjejaskan perkembangan janin serta meningkatkan risiko kelahiran pramatang.

Antara nama lain bagi paraben termasuk butylparaben, ethylparaben, isobutylparaben, isopropylparaben, methylparaben dan propylparaben.

2. Phthalates
Bahan kimia ini tergolong dalam kumpulan endocrine-disrupting chemicals (pengganggu hormon) yang boleh menjejaskan tahap kesuburan, testosteron serta kualiti sperma. Phthalates boleh dijumpai dalam losyen, sabun, alat solek, pewarna kuku dan produk wangian.

3. Triclosan
Triclosan ialah bahan antibakteria yang digunakan dalam ubat gigi, sabun tangan dan sabun badan. Ia juga merupakan racun perosak yang boleh:

– Mengubah hormon manusia dan haiwan

– Melemahkan sistem imun tubuh

– Menjadikan bakteria lebih tahan terhadap antibiotik

4. Retinol (Vitamin A)
Retinol terkenal dalam produk anti-penuaan, namun wanita hamil perlu mengelakkannya sepenuhnya. Ia boleh menyebabkan kecacatan kelahiran seperti sumbing, masalah jantung dan gangguan sistem saraf bayi.

5. Isotretinoin (Accutane)
Ubat rawatan jerawat ini merupakan sejenis vitamin A sintetik yang sangat berisiko kepada janin.

Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), sebanyak 25.6% kes kecacatan kelahiran dikaitkan dengan penggunaan isotretinoin.

Ia dijual di bawah pelbagai jenama termasuk Accutane®, Absorica®, Amnesteem®, Claravis®, Epuris®, Clarus®, Myorisan®, Sotret® dan Zenatane®.

6. Chemical Sunscreen
Ketika ini, anda perlu elakkan daripada gunakan chemical sunscreen kerana ia mengandungi penapis UV kerana boleh menyebabkan gangguan endokrin. Tambahan pula, tempoh ini ialah tempoh sangat sensitif untuk anda alami gangguan hormon.

Kesimpulannya, ibu mengandung disarankan meneliti label produk kosmetik dan penjagaan kulit sebelum digunakan. Pilihlah produk bebas bahan kimia keras dan dapatkan nasihat doktor atau pakar dermatologi bagi memastikan keselamatan ibu serta bayi dalam kandungan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here