Home Hiburan ELITE, ADAM AF2 GAMATKAN KONSERT GENKRU

ELITE, ADAM AF2 GAMATKAN KONSERT GENKRU

343
0

KUALA LUMPUR: Kemunculan kumpulan Elite dan Adam AF2 berduet dengan KRU menjadi kejutan yang mendapat sorakan ribuan penonton di hari pertama Konsert GenKRU di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, malam tadi.

Memetik laporan Harian Metro, KRU yang dianggotai Datuk Norman Abdul Halim, Datuk Yusry dan Edry mempersembahkan lagu Terhangat di Pasaran bersama Adam yang popular sekitar tahun 2005.

Elite pula yang dianggotai Abby Abadi, Sasha Saidin, Watie Sadali, Azza Zawari dan Linda Rafar berduet lagu Di Pintu Syurga bersama KRU.

Satu lagi kejutan, kemunculan montaj ‘pengumuman khas’ Datuk AC Mizal yang mengumumkan Yusry sebagai penyanyi rap turut mencuit hati penonton.

Satu segmen saat KRU mempersembahkan lagu Perpisahan Terasing juga membuatkan penonton teruja apabila ‘berduet’ bersama suara Allahyarham Datuk Sudirman Arshad. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here