Home Buletin Semasa JKDM KELANTAN GAGALKAN CUBAAN SELUDUP DADAH BERNILAI HAMPIR RM600,000

JKDM KELANTAN GAGALKAN CUBAAN SELUDUP DADAH BERNILAI HAMPIR RM600,000

300
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PASIR MAS: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan berjaya menggagalkan cubaan penyeludupan dadah jenis Methamphetamine dengan rampasan bernilai lebih RM585,000 dalam satu serbuan di Kampung Resak, di sini, pada 10 April lalu.

Pengarah Kastam Negeri Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long, berkata serbuan dijalankan Pasukan Operasi Cawangan Penguatkuasaan Kota Bharu pada jam 7.18 pagi itu membawa kepada penemuan 18.032 kilogram dadah yang disyaki Methamphetamine, disimpan dalam sebuah guni dan dibungkus dalam 17 ketulan mampat mampat yang masing-masing mengandungi serbuk putih jernih menyerupai kristal.

“Modus operandi sindiket dipercayai menjadikan kenderaan jenis Proton Iswara yang ditinggalkan di lokasi kejadian sebagai tempat penyimpanan sementara sebelum dadah diedarkan kepada pelanggan. Nilai kenderaan tersebut dianggarkan RM1,000,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 15 sebatan.

“JKDM menyeru orang ramai untuk tidak terlibat dengan aktiviti penyeludupan yang bukan sahaja merugikan negara dari segi ketirisan hasil, malah turut mengancam keselamatan dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Orang awam digesa menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan menerusi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau menghubungi pejabat Kastam terdekat. JKDM memberi jaminan bahawa identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan sepenuhnya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here